google6bc0e42320f83f62.html

Tuesday, 12 November 2013

TIMUN LAUT

Ia lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Gamat, salah satu anugerah dari lautan yang penuh dengan khasiat kesihatan. Sesetengah orang menggelarnya sebagai ginseng laut. Terdapat lebih1,100 spesis timun laut di seluruh dunia, dengan 40 daripadanya hidup di perairan Malaysia terutamanya di Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Fakta ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara terkemuka yang giat menjalankan penyelidikan gamat secara menyeluruh daripada aspek pembangunan dan penggunaan produk.

Gamat terdiri daripada beberapa spesis dengan warna yang berlainan, namun Gamat kuning keemasan (nama saintifik stichopus hermanii) mempunyai nilai terapeutik yang paling tinggi. Kuasa penyembuhan Gamat sememangnya amat menakjubkan. Ia telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai rawatan tradisional untuk merawat luka terbakar, luka-luka kecil, kecederaan dalaman, pemulihan otot-otot dan tisu wanita selepas bersalin, serta bermanfaat untuk mengetatkan saluran peranakan (faraj) dan mengekalkan keanggunan dan daya penarik kaum wanita. Gamat boleh digunakan di seluruh tubuh, termasuk untuk penjagaan rambut, muka dan kulit.

Kajian di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Korea menunjukkan keberkesanan Gamat bagi mengurangkan tekanan darah tinggi, asma, reumatisme, kecederaan, diabetes dan pelbagai penyakit yang lain. Ujian-ujian yang dijalankan oleh beberapa universiti tempatan (seperti UKM) telah mengesahkan bahawa Gamat sungguh bermanfaat untuk mengecutkan rahim, memperbaiki masalah sistem kardiovaskular, menormalkan tekanan darah, menyembuhkan luka dan bertindak sebagai agen antibakteria dan antikulat.


Penemuan penyelidikan juga menunjukkan bahawa Gamat:
·         Berkesan sebagai analgesik
·         Berkesan mengurangkan masalah-masalah penyakit sendi
·         Berkesan membersihkan saluran darah yang tersumbat
·         Berkesan mencegah sakit dan senak perut
·         Berkesan merangsang penghasilan leukosit (sel-sel darah putih) 
·         Berkesan mengatasi masalah gastrik
·         Berkesan merawat  kencing manis, asma, alergi, sakit, luka dan sebagainya
·         Berkesan sebagai antikulat, antibakteria, antikanser
·         Berkesan sebagai agen antioksidan yang kuat!

Semasa menggunakan sebarang produk Gamat, pastikan anda memeriksa butiran berikut;
·         Adakah ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
·         Tarikh luput - kerana Gamat perlu dibungkus mengikut cara dan menggunakan bahan yang khusus bagi mengekalkan keberkesanan dan ciri-ciri terapeutiknya, serta untuk membolehkannya tahan lebih lama.
·         Spesis Gamat yang digunakan - hanya stichopus hermanii atau Gamat kuning keemasan terbukti memiliki semua ciri-ciri yang perlu untuk memberi manfaat yang dinyatakan di atas.
·         Keadaan penyimpanan Gamat semasa proses pengilangannya - adakah ia disimpan dalam bentuk asal atau hampir dalam bentuk asal.. Terdapat ramai pengilang yang gagal untuk mengekalkan keberkesanan terapeutik Gamat yang menyeluruh semasa ia diproses.
·         Adakah ia Halal? Adakah ia diproses mengikut piawaian Amalan Perkilangan Baik (GMP)?
·         Berapakah peratus kandungan Gamat dalam setiap produk? 

Selain itu, pastikan bahawa produk Gamat tersebut mengandungi bahan-bahan berikut:
·         Sebatian bio-aktif
·         Kolagen
·         Mukopolisakarida
·         Kondroitin Sulfat dan Glukosamina
·         Omega-3
·         Sekurang-kurangnya 8 jenis mineral

Pengambilan Gamat secara kerap dapat membantu
·         Mengatasi masalah-masalah kesihatan
·         Mencegah masalah tersebut daripada berulang
·         Melindungi dan menguatkan sistem imun
·         Mencergaskan tubuh

Untuk kesan yang lebih baik, selain mengamalkan Gamat, pastikan anda bersenam, mengamalkan gaya hidup sihat, sentiasa bersikap positif di samping selalu ceria dan bahagia!


Dapatkan maklumat lanjut mengenai JeliGamat dan rangkaian produk lain berasaskan Gamat dalamPersonal Care yang telah dipelopori oleh Luxor sejak 1997 dimana formulanya telah terbukti hebat dan unik.

No comments:

Post a Comment